our angkasawan has successfully come back from space..

from utusan..

Muszaphar pulang ke bumi: Soyuz TMA-10 keluar dari ISS

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Kapal angkasa Soyuz TMA-10 yang membawa angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, keluar dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) kira-kira pukul 3.14 waktu Malaysia untuk pulang ke bumi.

Dr Sheikh Muszaphar yang pulang bersama Komander Fyodor Yurchikhin dan Jurutera Penerbangan Oleg Kotov dijangka mendarat di kawasan Arkylk di Kazakhstan, kira-kira 1,500km dari Moscow, Russia pukul 6.37 petang ini.

Sementara itu di Moscow, delegasi Malaysia termasuk pasukan penyelidik, kejuruteraan aeroangkasa dan perubatan telah bersiap sedia untuk menyambut kepulangan Dr Sheikh Muszaphar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis akan menemui Dr Sheikh Muszaphar di Lapangan Terbang Chkalovky, berhampiran Star City malam ini sebagai penghargaan kepada angkasawan itu.

Pertemuan itu bagaimanapun dijangka hanya akan berlangsung selama 15 minit sahaja berikutan kesemua krew kapal angkasa perlu dikuarantin bagi proses pemantauan kesihatan.

Dr Sheikh Muszaphar berlepas dengan kapal angkasa Soyuz TMA-11 bersama Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan Jurutera Penerbangan Yuri Malechenko dari tapak pelancaran Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan pukul 7.21 malam waktu tempatan (9.21 malam waktu Malaysia) pada 10 Oktober lalu.

Sepanjang 10 hari di ISS, Dr Sheikh Muszaphar membuat kajian saintifik berhubung kesan mikrograviti dan radiasi di angkasa lepas terhadap sel dan mikrob serta uji kaji penghabluran protein untuk kegunaan industri. – Bernama

..

from berita terkini tv3.. there is announcement from our Deputy Prime Minister.. regarding this matter..

safe.jpg safe2.jpg

syukur alhamdulillah..