Peringkat-Peringkat Isteri Dalam

Memberi Ketaatan dan Meminta Nafkah

1. Isteri Siddiqin

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa

dari suaminya sekalipun yang perlu

(dharuri). Apa yang disediakan

suaminya, dia terima dengan penuh malu

dan bersyukur. Kalau ada, adalah.

Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi

meminta tidak. Apatah lagi yang tidak

perlu, kalau diberi pun dia tolak

bahkan adakalanya yang perlu pun dia

tolak dengan baik, dia lebih suka

menolong suaminya. Itulah golongan

yang bersifat orang yang Siddiqin.

Golongan ini payah hendak dicari

terutama di akhir zaman ini, macam

hendak mencari belerang merah atau

gagak putih. Ini adalah perempuan luar

biasa.

 

2. Isteri Muqarrobin

Isteri yang tidak meminta dari

suaminya kecuali yang perlu sahaja.

Yang tidak perlu dia tidak akan

memintanya bahkan kalau suaminya

memberi yang tidak perlu dia tolak

dengan baik. Tapi kalau yang

diperlukan pun tidak ada, dia tetap

sabar. Namaun dia tidak akan mendesak

suaminya. Dia tetap bersabar dengan

keadaan itu. Itulah golongan

Muqarrobin. Golongan ini juga susah

hendak dicari di zaman kebendaan ini,

di zaman orang memburu dunia, di zaman

orang memandang dunia adalah segala-

galanya.

 

3. Isteri Solehin

Isteri yang meminta kepada suaminya

yang perlu dan juga sekali-sekala

meminta juga yang tidak perlu seperti

ingin sedikit kehidupan yang selesa

sama ada dari segi makan minum, tempat

tinggal, kenderaan. Namun kalau

suaminya tidak memberi, dia tetap

sabar dan tidak pula menjadi masalah.

Itulah dia golongan orang yang soleh.

 

4. Isteri Fasik

Isteri yang selalu sahaja meminta-

minta bukan sahaja yang perlu, yang

tidak perlu pun dia suka meminta-minta

juga. Kalau diberi pun tidak pernah

puas-puas, tidak pernah rasa cukup,

sudah mewah pun tidak rasa cukup.

Kalau tidak diberi menjadi masalah,

dia merungut-rungut, marah-marah,

sakit hati, merajuk hingga menjadi

masalah dalam rumah tangga. Inilah dia

golongan yang fasik. Isteri ini selalu

sahaja derhaka dengan suami, apatah

lagi dengan Tuhan.

Sikap, tindakannya, percakapannya

selalu sahaja menyusahkan suaminya,

membuat suaminya selalu serba salah

dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak

diberi, berbagai-bagai kemahuannya

terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian

terpaksa ditukar sebulan atau dua

bulan sekali, asyik pergi shopping

sahaja. Namun demikian tidak juga puas

dan tidak juga merasa cukup. Macam-

macam yang dia hendak. Akhirnya krisis

rumahtangga tidak pernah berhenti,

sentiasa bergolak, sentiasa

bergelombang macam air laut yang tidak

pernah berhenti-henti daripada

bergelombang dan begelora. Lama-lama

kelamaan bercerai juga. Kalau pun

tidak bercerai kerana hendak menjaga

air muka atau hendak menjaga nama baik

atau tidak mahu anak porak peranda,

tapi apalah ertinya rumahtangga yang

begitu rupa. Dimanalah keindahannya

lagi. Apalah bahagianya kalau

gelombang dan gelora krisis tidak

pernah rehat dan tenang. Apalah akan

jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa

sentiasa macam kucing dengan anjing.

Semoga Allah menyatukan hati-hati

kita, menjadikan kita saling mencintai

karena Dia; sebagaimana dalam hadits

yang diriwayatkan oleh Tirmidzi

Rasululllah saw bersabda:

“Di sekitar Arsy ada menara-menara

dari cahaya. Di dalamnya ada orang-

orang yang pakaiannya dari cahaya dan

wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka

bukan para nabi atau syuhada’. Para

nabi dan syuhada’ iri kepada mereka.

Ketika ditanya para shahabat,

Rasulullah menjawab, “Mereka adalah

orang-orang yang saling mencintai

karena Allah, saling bersahabat karena

Allah dan saling kunjung karena Allah.”

Related posts:

  1. Self-Destruct SMS ?.. maxis got already..
  2. maafkan saya.
  3. Uban dirambut
  4. Marah itu dari nafsu amarah?
  5. Dari Mana mahu ke mana