Pagi ini, isteriku Afifah telah menemui sebanyak 9 helai uban dirambutku..
Mungkin ianya petanda usiaku kini bakal menjadi golongan tua.

Lalu beliau bertanya “Apakah perlu dicabut ?”
.. daku menjawab
“biarkanlah ia, kerana ia bakal menjadi penyuluh di alam sana..”

Namun , terdapat jua yang gugur..

Kerana, seingatku pernah terdengar ada pesanan mengatakan tidak perlu dicabut kerana bakal menjadi penyuluh
di alam sana..

Apabila ditanya pada Google : jawapannya seperti dibawah.

Janganlah engkau semua mencabuti uban, sebab uban itu adalah merupakan cahaya seorang Muslim pada hari kiamat.” Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi serta Nasa’i dengan isnad-isnad yang bagus. Imam Termidzi mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

Related posts:

  1. Dari Mana mahu ke mana
  2. Something regarding family
  3. maafkan saya.
  4. Puasa Sunat : enam hari bulan Syawal
  5. Kalkatu ?