got something from other user post..
”
Cantiknya seorang wanita itu,
sebagai gadis bukan kerana merah kilau
lipstik pada bibir mekar senyum
kosmetik.v Cantik seorang wanita itu,
sebagai remaja tidak pada kulitnya
mulus menggebu terdedah.v Cantik seorang wanita itu,
sebagai Hawa tidak kerana bijak
meruntuh iman kaum Adam.v Cantik seorang wanita itu,
sebagai anak tidak menjerat diri pada
kedurhakaan.v Cantik seorang wanita itu,
sebagai isteri merempuh badai di sisi
suami.v Cantik seorang wanita itu,
sebagai menantu menjauhi persekongkolan
ipar lamai.v Cantik seorang wanitaitu,
sebagai ibu membuai anak di kala suami
menjalin mimpi.v Cantik seorang wanita itu,
sebagai mentua telus hati mengagih
kasih setara pada semua.v Cantik seorang wanita itu,
sebagai nenek menjaring teladan para
anbia buat cucu-cicit.v Cantik seorang wanita itu,
sebagai warganegara peka membela nasib
dan maruah negara.v Cantik seorang wanita itu,
sebagai warga tua menghitung hari
dengan selembar mashaf.v Cantik seorang wanita itu,
sebagai intelektualis menyala obor
mewangi setanggi profesionalis.v Cantik seorang wanita itu,
sebagai akidah solehah mengandam rindu
kekasih pasrah di atas sejadah
“