Air yang jernih
Sejernih-jernih air yang jernih,
jika dialirkan melalui pembuluh yang kotor,
Hasilnya adalah tidak sejernih asal.

image

Niat yang baik,
Tapi diiringi kata-kata nista,
Hasilnya bukanlah pahala atau yang baik-baik..

Kata orang berhikmah,
Kata-kata yang keluar dari lidah itu
Umpama cerminan apa yang bertapak dihati.

Jika ianya bukan kata-kata yang elok,
Usahkan orang lain,
Diri sendiri pun belum tentu sanggup menghadamnya.

Bila menegur katanya biar sentap,
Bila ditanya ikut akhlak siapa menegur sedemikian ?
Kalau bukan dari Nabi Muhammad saw..

Apakah ianya helah syaitan yang menghasut,
Kerna ianya ego tidak boleh ditegur,
Kerana terasa diri hebat dari segala.

Wallahua’lam.

P/s : kalau nak berkata biarlah yang baik-baik.
Kalau tak ada yang baik, eloklah diam.
Allah utuskan contoh akhlak yang terbaik.
Sollu ala Nabi..

Saya doakan anda bahagia dunia dan akhirat.

11 sept 2015
namran.net
namran.com