Puasa-puasa sunat,sama ada enam hari di bulan Syawal atau yang selainnya amat dianjurkan dalam Islam dan memiliki ganjaran yang besar di sebaliknya. Rasulullah bersadba bahawa Allah berfirman : ” Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa,ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).(Rasulullah melanjutkan): Demi Allah yang jiwa Muhammad berada ditangan-Nya,nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum disisi Allah berbanding wangian kasturi.
[Sahih Muslim]

Puasa enam hari dalam bulab Syawal dianjurkan oleh hadis sahih berikut,
Rasulullah bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun. [Sahih Muslim ]

Puasa sunat enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada satu Syawal dan bukan sesudah bulan Syawal.
Walau bagaimanapun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan sunat enam hari bulan Syawal berdasarkan keumuman firman Allah: Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat)  keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. [Ali Imran. , ayat 133]