X
    Categories: Tazkirah

Kadar zakat fitrah di kelantan bagi tahun 1430H/2009

Zakat fitrah di Kelantan RM6.90
26/08/2009 2:48pm

KOTA BAHARU 26 Ogos – Kadar zakat fitrah di Kelantan ditetapkan RM6.90 tahun ini berbanding RM7.60 tahun lepas, kata Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Kamaruddin Mohd. Zin.

Beliau berkata, keputusan penetapan kadar zakat fitrah itu dibuat setelah mendapat persetujuan jemaah ulama dan diperkenankan oleh
Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.

– BERNAMA

source :

1. http://utusan.com.my/

2. http://www.e-zakat.com.my/

KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya”

– Riwayat Muslim

KADAR FITRAH

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1. Waktu wajib Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. Waktu yang paling afdhal Sebelum sembahyang Hari Raya
3. Waktu sunat Sepanjang bulan Ramadhan
4. Waktu makruh Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
5. Waktu haram Selepas terbenam matahari satu Syawal
Namran Hussin: a soft spoken guy... with exceptional interest in computers and technology. I love to learn new thing and also love to break thing for the sake of learning.. but I do abide to the self-imposed limitation or certain thing such as social thing in life, thing can be done and thing that must be avoided at whatever cost such as drug,illegal tracking, smoke,illicit activity..etc.muahahaha let's share what we had in this short term of the life.! make it worth of the living.~
Related Post
Leave a Comment