X

Who moved my Cheese ?

During a long holiday break a week ago ..
I managed to read a book with the title as “Who Moved My Cheese?” by Spencer Johnson, MD, . I have to admit , it was kinda eye-opening for realizing the desire to pursue for better and tendencies of enjoying current comfort zone ~ ( standing still ) ~
are completely about the balance.. a.k.a ‘zen’ .. a.k.a ‘ying & yang ‘.. a.k.a ‘wasatiah‘ or in malays — ‘kesederhanaan’

.. one proverb..

Bekerjalah kamu seolah-olah untuk hidup selama-lamanya..
dan beribadatlah kamu seolah-olah.. esok tiada lagi.
.”

i would like to excerpt the point that was pointed out in the book with just a simple analogy..

here we go.. (pardon me if the writing is not that good .. .
I would say it could be not that bad at all to write one in a Malay version..)

Bermula dengan 2 ekor tikus dan 2 orang kenit yang pintar, diletak dalam satu tempat yang mempunyai laluan yang berdinding dan berpetak-petak (maze) yang mengelirukan. Di tempat tersebut, terdapat keju disediakan di tempat tertentu (stesen A , stesen C , stesen B)..
Untuk menemui stesen-stesen tersebut mereka harus memilih laluan2 yang tertentu untuk tiba.
Ada juga laluan yang membawa mereka ke jalan mati (dinding).

Dua tikus (pasukan tikus) tersebut diletakkan di satu sudut , dan dua orang kenit yang pintar (pasukan manusia) di satu sudut yang lain.
Maka mereka bermulalah mencari-cari laluan ke tempat keju. Pada awalnya kedua-dua berusaha bersungguh-sungguh (berlari-lari dengan cepat.. dan tidak berhenti), dengan kelebihan pada orang kenit yang mempunyai kepintaran untuk mengenai setiap langkah yang salah.. Maka setelah beberapa lama.. kedua-dua kumpulan telah menjumpai dan mengenalpasti cara untuk sampai ke stesen pertama masing2 (station A yang berlainan tapi kapasiti keju yg sama) yang mempunyai keju yang banyak. lama-kelamaan , kedua-dua pasukan telah membentuk satu rutin dalam mencari jalan ke arah stesen A.. dan mulai tidak berlari / mula membuat penempatan berhampiran stesen keju tersebut..

Hakikatnya.. keju di stesen tersebut semakin susut setiap hari..
sehinggalah ke satu hari.. keju tersebut habis / tiada lagi..

Pasukan tikus(satu mempunyai ketajaman deria bau.. satu mempunyai kelebihan kelajuan..) , tanpa berfikir panjang terus memulai langkah mencari keju di tempat lain. Mereka menggunakan sepenuhnya kelebihan yang ada pada diri masing untuk saling membantu mencari keju baru..

sedangkan pasukan orang kenit .. masih meneliti stesen tersebut dan memikirkan apakah yang telah terjadi..
dan terus mengunjungi / menunggu di stesen tersebut .. kerana berharap keju akan di beri semula kepada mereka… dan masa terus berlalu.. hari demi hari..

Pada masa pasukan tikus telah beberapa kali menemui jalan buntu dan mengulangi semula proses pencarian keju.. pasukan orang kenit masih lagi di tempat sama.. mengharapkan keju di stesen sama..

sehinggalah salah seorang dari orang kenit mengambil keputusan untuk mencari di tempat lain..
manakala yang satu lagi masih tidak mahu berganjak dari stesen tersebut..
Orang kenit yang mencari keju di tempat lain akhirnya mula mempelajari dan menyedari kesilapan
yang dilakukan oleh mereka sebelum itu.. dan menulis kata-kata semangat di dinding sepanjang pencariannya
dengan harapan orang kenit yang satu lagi akan dapat menjejaki langkah nya kelak..

orang kenit yang berjalan/berusaha ini dapat menjumpai keju yang mencukupi untuk nya terus bertenaga,
dan pernah kembali ke stesen A untuk mengajak rakannya bersama-sama mencari keju lagi..
namun rakannya masih tidak mahu berubah..
Akhirnya orang kenit tersebut terus meninggalkan rakannya dan berusaha sendirian tanpa kembali ke stesen A lagi ..
Selepas beberapa ketika.. pasukan tikus mencuba kaedah cuba-dan-gagal (try-and-error).. dan terus mencuba lagi.. tanpa sebarang kepintaran.. lama-kelamaan mereka berjaya menjumpai stesen ulung yang dipenuhi oleh keju yang berbagai2 jenis dan bentuk..

Orang kenit yang pertama terus berusaha dan menemui jalan buntu beberapa kali.. telah menulis banyak kata-kata motivasi untuk dirinya sendiri pada dinding jalan-jalan tersebut..dan menggunakan imaginasinya untuk membayangkan dirinya berjaya menemui stesen yang dipenuhi oleh keju..

Selepas berusaha kuat, orang kenit pertama tersebut akhirnya berjaya sampai ke stesen ulung yang telah dijumpai oleh pasukan tikus terlebih dahulu.. dan menikmati bersama-sama keju yang amat banyak di situ..

Orang kenit pertama tersebut.. terus menulis lagi kata-kata pada dinding selepas kejayaan tersebut..
dan masih terus mencari kebarangkalian tempat-tempat lain yang mungkin mempunyai keju.. sekalipun
keju di stesen ulung tersebut telah pun lebih dari mencukupi buat beliau.. (orang kenit tersebut mengambil iktibar sepenuhnya dari peristiwa di stesen A sebelum itu..)

manakala kawan nya.. (apakah yang mungkin bagi kawan nya itu ?)

.. selepas itu terpulang kepada pembaca untuk menginterpretasi cerita di atas ke dalam pengalaman hidup masing2..

In that book.. the Author put some real-life interpretation by a discussing being held during a re-union of the classmate after many year heading to their own ways..
some got success.. some got failure.. and sharing their experience with each other and relate back to the above story..

p/s : it is short.. and yet.. powerful enough.. to wake up ..

and .. “You can lead a horse to water.. but you can’t make him/her drink..”
very true after all..

Namran Hussin:
Related Post
Leave a Comment