X
    Categories: Personal

PKP 2.0 disambung lagi 2 minggu

Akhirnya terjawab sudah pertanyaan yang ingin diketahui oleh ramai pihak.
PKP 2.0 disambung lagi 2 minggu, sehingga 18 Februari 2021.

Dengan jumlah kes harian masih pada peringkat tertinggi, sepanjang PKP 2.0 beberapa hari telah mencatatkan rekod baru. 5 ribu dan keatas.

Adakah kerana SOP (standard operating procedure) kali telah menjadi longgar?

Kebanyakan jangkitan adalah di tempat kerja.
Masih banyak sektor dianggap sebagai kritikal dan dibenarkan berfungsi seperti biasa.

 

Sesuatu yang agak mendukacitakan ialah, disaat rakyat jelata dikenakan pelbagai sekatan.
Namun akhirnya ada juga yang terlepas masuk dari sempadan antarabangsa.
Antaranya ialah kes dari UK.

(https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/775098/covid-19-malaysia-kesan-kes-pertama-mutasi-baharu-dari-uk

KUALA LUMPUR: Malaysia mengesan kes pertama COVID-19 membabitkan mutasi baharu dari United Kingdom (UK) dikenali sebagai varian B.1.1.7 atau 202012/01, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes terbabit dikesan pada seorang pengembara yang ada sejarah perjalanan ke UK pada Disember lalu.

Beliau berkata, pengembara berkenaan didapati positif COVID-19 pada 28 Disember lalu, dan sudah diasingkan untuk rawatan lanjut.

“Sejak Oktober lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan pemantauan terhadap semua pengembara dari negara yang telah melaporkan kes mutasi varian UK B.1.1.7, termasuk dari UK, Belanda, Singapura, Turki, Filipina dan India.

 

Siapa sangka, dikala rakyat biasa masih patuh kepada SOP untuk menjalani kehidupan seharian.
Tiba-tiba terdapat kemasukan kes dari luar negara pula.

Begitu juga disaat negeri-negeri dipantai timur yang awalnya masih di zon hijau atau pun kuning.
Hanya ibunegara dan beberapa negeri yang dikategorikan sebagai zon merah.
Tetapi entah kenapa dibenarkan pula rentas daerah dan rentas negeri.

Akhirnya semua negeri dipantai mencatat sebanyak 36 Kluster baru, disebabkan kes-kes diimport dari zon merah. Yang mana terdapat pengembara yang telah pun pulang ke kampung halaman dan menjangkiti keluarga masing-masing. serta mencetuskan kluster-kluster yang akhirnya merebak ke seluruh negeri.

 

 

Akhirnya PKP (perintah kawalan pergerakan) 2.0 pun diperkenalkan dengan tempoh awal selama hanya 14 hari.
Seterusnya pada 24 Januari 2021, dibocorkan surat dari EuroCham yang mengatakan bahawa SOP yang lebih ketat akan dikuatkuasakan selepas 4 Februari 2021. 

SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Kerajaan dijangka menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih ketat dengan menutup hampir kesemua aktiviti ekonomi selepas 4 Februari depan jika PKP 2.0 yang sedang dilaksanakan sekarang gagal mengekang penularan Covid-19.

Amaran itu diberikan Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) dalam satu surat kepada anggotanya.

Menurut EuroCham, perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Lokman Hakim Ali ketika bermesyuarat bersama EuroCham.

“Beliau (Lokman) memberitahu bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat pendirian jelas tentang penutupan sepenuhnya ekonomi.

“Sebanyak 99 kluster Covid-19 di Malaysia berkait dengan sektor pembuatan dan KKM percaya sektor ini antara punca utama kepada jangkitan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut EuroCham berkata, sektor pembinaan turut dikategorikan sebagai punca penularan jangkitan Covid-19.

Bagaimanapun katanya, perkara itu hanya dibincangkan secara ringkas kerana ia bukan di bawah bidang kuasa Miti.

“Miti merayu kepada semua syarikat asing dan tempatan untuk berusaha mengurangkan dan memutuskan rantaian jangkitan bagii memastikan ekonomi terus dibuka untuk perniagaan,” katanya.

Menurut EuroCham, pihaknya juga akan bekerjasama dengan Miti untuk menggariskan beberapa langkah memandangkan asrama pekerja dan aktiviti berkaitan seperti pengangkutan dan sosial dikenal pasti sebagai punca masalah.

Katanya, syarikat dalam sektor berkenaan akan melantik sekurang-kurangnya seorang wakil daripada bahagian sumber manusia untuk menyelaras pekerja dan pekerja asing di asrama bagi mengurangkan pergerakan dan aktiviti sosial.

“Syarikat perlu bertanggungjawab terhadap pengurusan pekerja asing atau perumahan mereka yang dilantik melalui agensi.

“Ada kes membabitkan keadaan rumah teruk dan pengangkutan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sehingga menyebabkan kadar jangkitan meningkat,” katanya.

Dalam pada itu, EuroCham berkata, syarikat terbabit juga disaran menyediakan ruang kuarantin asas di asrama bagi memastikan kes di bawah pemantauan, kontak rapat dan kes positif boleh diasingkan.

“Syarikat juga perlu memastikan jumlah pekerja dalam setiap kenderaan pekerja di bawah 50 peratus kapasiti bagi memastikan penjarakan fizikal,” katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/120652/BERITA/Nasional/Surat-Eurocham-Penutupan-penuh-ekonomi-jika-kes-Covid-19-tak-turun
 

Walaubagaimanapun, selepas mendapat reaksi yang agak mengejut dari rakyat jelata di media sosial dan sebagainya. Akhirnya Ketua Pengarah Kesihatan mengeluarkan kenyataan dibawah.. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/779877/pkp-hingga-4-februari-tidak-akan-disambung 

PKP hingga 4 Februari, tidak akan disambung

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

 

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, kecuali Sarawak yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini, tidak akan dilanjutkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata keputusan itu diambil bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara, susulan pelaksanaan PKP.

Sehubungan itu, katanya, PKP yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini akan disambung dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“PKP pada asalnya dijadual untuk dilaksanakan dalam tempoh dua minggu (sejak 13 Januari lalu) dan kesan pendekatan ini memerlukan masa.

“Justeru, kita lanjutkan sehingga Februari, tetapi kita tak nak panjangkan PKP kerana beri kesan terhadap ekonomi. Kita kena seimbangkan kepentingan ekonomi dan kesihatan.

 

Sekatan jalan raya diadakan sepanjang pelaksanaan PKP antara usaha kerajaan mengawal pergerakan orang ramai bagi membendung penularan COVID-19.-/ Foto NSTP

 

“Kalau kita laksanakan PKP selama empat minggu, sampai awal Februari, ia kemudian disusuli PKPB bagi tempoh tiga bulan akan datang.

“Menerusi pendekatan ini, dijangka pada Mei, kita akan dapat turunkan kes (kadar jangkitan harian) kembali ke dua angka,” katanya pada sesi taklimat bersama media yang diadakan secara dalam talian, hari ini.

 

Dan hari ini, sehari selepas 1 Februari 2021 (Hari cuti umum sempena Hari Wilayah), diumumkan pula PKP 2.0 disambung lagi sehingga 18 Februari 2021.

 

Apapun, semoga segalanya kembali pulih seperti sediakala ataupun lebih baik.

 

Namran Hussin: a soft spoken guy... with exceptional interest in computers and technology. I love to learn new thing and also love to break thing for the sake of learning.. but I do abide to the self-imposed limitation or certain thing such as social thing in life, thing can be done and thing that must be avoided at whatever cost such as drug,illegal tracking, smoke,illicit activity..etc.muahahaha let's share what we had in this short term of the life.! make it worth of the living.~

View Comments (1)

Related Post
Leave a Comment