Sempena Maulidur Rasul ini , sama-samalah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W Rasul junjungan.

nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) “. (HR Al Baihaqi)

Dari Anas bin Malik, beliau mengatakan bahwa seseorang bertanya pada Nabi “Bilakah terjadi hari kiamat, wahai Rasulullah? ”Baginda berkata, “Apa yang telah engkau persiapkan untuk menghadapinya?” Orang tersebut menjawab, “Aku tidaklah mempersiapkan untuk menghadapi hari tersebut dengan banyak solat, banyak puasa dan banyak sedekah. tetapi yang aku persiapkan adalah cinta Allah dan Rasul-Nya. ”Baginda berkata,

“(Kalau begitu) engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai.” (HR. Bukhari no. 6171 dan Muslim no. 2639)

Dalam riwayat lain, Anas mengatakan, “Kami tidaklah pernah merasa gembira sebagaimana rasa gembira kami ketika mendengar sabda Nabi :

(Engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai).
”Anas pun mengatakan, Kalau begitu aku mencintai Nabi , Abu Bakar, dan ‘Umar.
Aku berharap akan bersama dengan mereka kerana kecintaanku pada mereka, walaupun aku tidak mampu beramal seperti amalan mereka.”
(HR. Bukhari no. 3688)