Saya telah dilabelkan sebagai panas baran untuk sekian lama.
Biasanya keluarga terdekat atau lingkungan paling dekat “inner circle” telah masak dengan perkara ini.

Terdapat banyak perkara yang boleh mencetuskan kemarahan saya , termasuklah perkara yang mungkin sebenarnya adalah remeh-temeh.
Lalu apabila difikirkan semula ada juga perkara yang dirasakan boleh diselesaikan atau diperhalusi dengan lebih baik.
Namun dalam banyak situasi saya merasakan perkara itu adalah tetap perlu ditegaskan namun pendekatan atau cara mungkin ada yang lebih baik bagi orang lain.

Hasil dari tercetusnya rasa marah lalu melempiaskannya pada yang sepatutnya pada kadar yang mungkin keterlaluan.. perkara yang saya rasa tidak patut berlaku itu telah diperbetulkan dan tidak berulang buat sementara waktu. Itulah natijah apabila rasa marah ditonjolkan apabila sesuatu perkara diutarakan dan dirasakan salah. Jadi haluannya mungkin telah tetap betul atas sebab berlakunya marah.

Namun begitu,marah tersebut juga membawa kesan sampingan bukan sahaja ke atas orang yang dimarahi. Situasi pada masa itu mungkin tidak lagi tenang. Apabila marah menguasai diri apa-apa pun boleh berlaku. Ia juga mungkin telah mengurangkan aliran oksigen kepada otak lalu menyebabkan pemikiran tidak lagi lurus atau waras. Pada saat itu senang sekali bagi hasutan-hasutan kecil memburukkan lagi keadaan.

Jadi,setelah merenung sejenak,.banyak perkara yang tidak hanya boleh diselesaikan atau ditonjolkan dengan marah.
Terdapat banyak lagi pendekatan yang jauh lebih baik boleh diambil.
Lagipun segala apa yang berlaku adalah apa yang telah tersurat sejak azali. Dan ia adalah ujian dari Allah kepada diri kita.
Tambahan pula, “Percaya kepada qada’ dan qadar” itu adalah rukun iman.

image

P/s:  … teringat saat di tanah haram,Makkah bagaimana diceritakan apabila berlalunya perlanggaran antara kenderaan dijalanraya.. pemandunya berkata ” ..itu adalah qada’ dan qadar dari-Nya.taqdir.”  jadi pihak yang satu lagi tidak lagi marah atau menuntut apa-apa kecuali ditawarkan..