Kata ustaz, berapa ramai antara kita yang berpuasa,tapi tidak mendapat apa-apa manfaat kecuali lapar dan dahaga.?
Siapa kah mereka itu?

Sekali pun puasa itu adalah sah, namun ia tidak mendapat apa-apa manfaat kecuali lapar dan dahaga,

Terdapat 5 perkara yang membatalkan pahala puasa.

Ini adalah perkara yang patut kita elakkan selepas penat berpuasa.

  1. Kadib – Menipu
    Berbicara dengan perkataan yang diketahui tidak benar.

    Umpama 10 perkara yang diberitahu olehnya, ada 11 tak boleh dipercayai.
    Kerana apa? yang 10 disebutnya itu adalah bohong, dan satu yang tidak disebutnya adalah tidak boleh dipercayai.

  2. Ghibah – Mengumpat
    Berbicara perihal yang benar mengenai keburukan si polan, meskipun si polan memang benar ada mempunyai keburukan tersebut.
  3. Namimah – Mengadu domba
    Menyampaikan satu perkara dari pihak A ke pihak C yang pihak A tidak mahu pihak C mengetahuinya.
    Dan boleh menimbulkan perselisihan antara A dan C.
  4. Memandang dengan syahwat
    Perihal `nasi-lemak ` dipasar .
    Pandangan yang tidak dibenarkan selain untuk urusan jual beli atau seisi taaruf.
  5. Bersumpah dengan sumpah yang palsu
    Perkara yang diketahui adalah palsu olehnya, namun bersumpah oleh nya kerana ingin menjadikannya seolah-olah ianya benar.

Kata ustaz,  jika ada antara 5 perkara ini dilakukan, pahalanya mungkin terbatal.
Oleh itu DIAM adalah orang yang selamat.

Tambah ustaz lagi …

Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya.
Barangsiapa yang banyak salahnya, maka sedikitlah rasa malunya.
Barangsiapa yang sedikit malunya, maka sedikit pula sikap wara’nya.
Dan barangsiapa sedikit sikap wara’nya, maka matilah hatinya (rosak qalbunya)
(Umar Al Khattab)

Ini adalah sedutan tazkirah selepas tarawih pada tahun ini.
Semoga kita dapat mengambil manfaat darinya.