X
    Categories: Tazkirah

Keistimewaan selawat ke atas Nabi dibulan Ramadhan

Diceritakan tentang seorang insan yang sepanjang tahun mengerjakan maksiat dan terkenal
dengan kefasikannya di zaman Nabi Muhammad S.A.W.

Namun apabila tiba bulan Rejab, beliau mula mengurangkan segala kejahatannya,dan seterusnya apabila tiba Ramadhan beliau sepenuhnya menghentikan segalanya amalan jahatnya. Tapi sebaliknya digunakan sepanjang malam disepanjang Ramadhan itu untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad Rasul junjungan.

Lalu ditakdirkan beliau meninggal dunia disaat penghujung Ramadhan tersebut.

Diriwayatkan isterinya menghadapi kesulitan dalam.mendapatkan orang untuk menguruskan jenazahnya, sehinggakan akhir Nabi ditegur oleh malaikat Jibrail untuk menjenguk kerumahnya. Lalu Nabi kerumahnya bersama beberapa sahabat untuk menguruskan jenazahnya lalu berlakulah keajaiban apabila Nabi tersenyum dan berkali-kali bergerak ke kiri dan kanan sepanjang menghantar jenazah ke kubur. Dan pengakhirannya juga begitu.

Lalu setelah selesai urusan, maka ditanya oleh sahabat apakah yang telah berkata.
Dan diceritakan bahawa Malaikat dari langit berduyun-duyun mengangkat jenazah insan tersebut sehingga Nabi terpaksa beralih-alih bagi memberi laluan.
Sedangkan hanya belasan orang sahabat yang ikut serta menguruskan jenazah tersebut.
Dan apabila ditanyakan apakah amalannya, Nabi membawa sahabat kepada iateri simati lalu diceritakan isterinya bahawa “andai kata aku bercerita tentang amalannya sepanjang tahun seolah-olah membuka aibnya sendiri kerana banyaknya maksiat”..

Rupa-rupanya segala dosa nya sepanjang tahun itu dihapus oleh Allah dengan amalan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dibulan Ramadhan tersebut.

Maka dicatatkan oleh Saidina Ali Bin Abi Talib selawat yang diamalkannya itu.
Lalu kemudiannya dijadikan selawat dilakukan selepas setiap 2 rakaat di antara solat tarawih dibulan Ramadhan ini. Amalan ini istimewa khas untuk bulan Ramadhan yang mulia ini.. Yang didalam salah satu malamnya adalah lebih baik dari seribu bulan.

Namran Hussin: a soft spoken guy... with exceptional interest in computers and technology. I love to learn new thing and also love to break thing for the sake of learning.. but I do abide to the self-imposed limitation or certain thing such as social thing in life, thing can be done and thing that must be avoided at whatever cost such as drug,illegal tracking, smoke,illicit activity..etc.muahahaha let's share what we had in this short term of the life.! make it worth of the living.~
Related Post
Leave a Comment