“Permudahkan segala-galanya..
Permudahkan dan jangan disulitkan..
Sesungguhnya memudahkan sesuatu yang sulit itu adalah mudah bagiMu”
Atas segala urusan sekalipun, andai kita berkuasa mempermudahkan urusan,
maka permudahkanlah, usah dirumitkan perkara yang mudah.
Kelak mungkin sesuatu yang mudah itu bakal merumitkan kita sendiri sebagai timbal balas.
Kerana Allah itu Maha Adil.
p/s : .. akhirulkalam, serahkan segala urusan itu kepada Allah,
insya-Allah , ada penyelesaian nya. :)
Here are five key communication skills that help you speak with clarity and influence: Speak…
Are you ready to unlock your full potential as a man?Discover powerful insights, real-life transformations,…
One day we will set aside one whole day to review the whole lesson we…
Last weekend, 07/12/2024 I managed to join Dev Fest Kuala Lumpur 2024, organized by Google…
TIPS BACAAN AL-QURANOleh: Dr. Muhd al-Muhaysni.1. Jangan engkau berikan (fokus membaca) al-Quran pada lebihan waktumu…
Selawat yang ringkas, yang mana apabila kamu membacanya satu kali sebanding 100 ribu kali, jadi…
View Comments
Permudahkanlah
oleh Islam Is Our Deen(The Way Of Life) pada pada 30hb Mei 2011 pukul 3.36 pagi
“Permudahkanlah dan jangan persulitkan. Gembirakanlah dan jangan menakutkan.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).
Permudahkan.
Jangan persulitkan.
Islam itu mudah. Segala syariat yang terkandung di dalamnya adalah mudah. Segala urusan kehidupan yang diatur Islam adalah mudah. Segala perkara halal yang ditetapkan oleh Islam adalah mudah.
Kita yang menyebabkan ia kelihatan sulit. Pengaruh adat, sistem, sikap dan mentaliti yang menyebabkan ia kelihatan rumit.
Maka larilah manusia daripada melakukan perkara halal yang kelihatan begitu susah, kepada perkara haram yang kelihatan begitu mudah. Masyarakat mula melihat perkara yang dimurkai Tuhan sebagai alternatif. Umat mula memandang perkara yang ditegah syarak sebagai solusi.
Oleh itu permudahkanlah!.**Tidak bermaksud menyeru kepada sikap ‘ambil mudah’. Cuma, bagi perkara-perkara yang memang asalnya mudah di dalam Islam, jangan pula kita jadikan ia rumit dan susah.
http://www.facebook.com/notes/islam-is-our-deenthe-way-of-life/permudahkanlah/230932503589974