“Nasihat buat hati”.

 

Ianya buku yang pendek dan padat dengan mutiara kata serta kisah teladan yang cukup indah.

Amaran, ia mungkin membuatkan hati anda tersentuh. :)

 

Salah satu yang kita boleh sama² kongsi ialah yang berikut :

 

 

“Ada 7 golongan yang akan dinaungi Allah dibawah naunganNya kelak, pada suatu hari yang tiada naungan lain selain daripada naungan kepunyaan Allah”.

 

mereka adalah :

 

1. Pemimpin yang adil

 

2. Pemuda yang beribadah hanya kerana Allah.

 

3. Seseorang yang hatinya sentiasa tertaut pada masjid.

 

4. Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah.

Mereka yang berkumpul dan berpisah hanya keranaNya.

 

5. Lelaki yang diajak melakukan maksiat lalu dia menolak dan berkata “Sesungguhnya aku takut kepada Allah”.

 

6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi 

 

7. orang yang mengingati Allah sehingga mengalir air matanya.

 

 

 

Yang menarik perhatian ialah  yang no #7 tu, mereka yang berzikir dan mengingati Allah kemudian menitis airmatanya.

Sekian dulu, review buku untuk kali ini.

 Nasihat Buat Hati

Anda dah baca buku ni?

Nasihat yang mana paling menyentuh hati buat anda?