Time is not an infinity variable.
That is the fact.

No matter how big, how influencing, how small, how tiny, how important ..
time that we are now having will is getting less and less.

As the clock ticking.. we come 1sec closer to the deadline.. time to death.!
at that moment, would we will very satisfied of what we had done earlier..

The point is, at some point of our lifetime, we will have to make tough decision ..
With whatever resource and knowledge we obtained at that moment will assist us to decide what is right to do ..
and also what’s not so right to do at that time..

After all, it become our own decision to choose this path we are now today!.

Simple case to assist us , understanding this a bit better :

1. while we are preparing for exam.. ~ we are struggle hard before the exam and all.
— would it be had any meaning at all if we’re only started to struggle / study very damn hard only after the examination week is over ?
~ NO.

2. while we are preparing for project proposal which is having a deadline ~ we are struggling very hard to get it completed and submitted before the deadline.
— would it be had any meaning and fulfill purpose if we’re only managed to get time to do it only after the deadline had passed..?
~ NO.

3. if we’re saying this kind of stuff everyday.. “I will help my parent when I get richer/older/wiser..”~
— would it be the same whenever we’re getting richer/older/wiser.. but the parent had been gone for a long time already?
~ NO.

4. while driving a car.. or even a jet/ aeroplane .. ~ we will pull over at some point the time to avoid collision/reach the destination and stop at the right time..
— would it be the same if only happened to pull over only after we had passed the destination / airport ?.. or after its had took a life as toll.
~ NO.

Hence .. this would prove that
Every single action/decision we made .. either we realized it or not .. is tight to the time constant..

And yet time-variable is the most neglected and not quite get-into-the-mindset .. and causing time waste without even regretting about it.

Interestingly..
If we’re looking closely to the teaching of Islam as a way of life.. we will realized that..

“Shalat five times a day.. is mandatory.”

At different time of the day.. we had to do different ‘rakaat’ .. either short or long.. but why ?.. is only known to “Him

According to some medical statistic.. the most time period that the people feeling very weak and passed away is at “Asar” time..~
.. and some advice somewhere.. is prohibiting us to “fall asleep” at the “Asar” time.. get something else to do.. and it is very short..

then come “Maghrib..” .. as when the red sky become visible.. because of the Sun about to set… that is we are advised to remain indoor.. in the house.. or whatsoever.. “sebab banyak syaitan berkeliaran masa itu.”

and few other cases.. that would be indefinite if I would to discuss all in here..

The bottom line is .. be a time-conscious..
learn to appreciate time .. and do the right thing.. at the the right moment..
but not get everything into “ASAP” mode all the time..

p/s : is now reviving the HawkEYE 8-) …. thinking of a re-schedule everything in my daily activity~


SATU daripada penyakit kalbu yang berbahaya dan boleh menjatuhkan manusia ke jurang maksiat dan boleh meluputkan pahala segala kebajikan ialah tindakan bergopoh-gapah (isti’jal). Mengikut Imam al-Gazali, gopoh-gapah merupakan penyakit kalbu yang mendesak seseorang agar segera mengerjakan sesuatu urusan sebaik-baik sahaja terlintas di hati, tanpa perancangan dan pertimbangan terlebih dulu. Urusan itu lalu dikerjakan dengan terburu-buru nafsu. Khususnya dalam berbuat amal kebajikan, ada orang yang ingin segera mencapai martabat yang tinggi, lalu dengan tergopoh-gapah mengerjakan ibadat supaya segera mencapai hajatnya itu. Orang yang bergopoh-gapah seperti itu hanya akan bersungguh-sungguh mengerjakan ibadatnya pada peringkat awalnya saja. Apabila hajatnya, matlamat ibadatnya, tidak tercapai dalam masa yang singkat, dia mudah menjadi lemah dan terus kecewa, lantas dia meninggalkan kesungguhannya itu. Kesungguhan dan kegopohannya itu menyebabkan dia kepenatan dan tidak terdaya lagi hendak meneruskan ibadatnya. Sudahnya, kerja ibadatnya terbengkalai dan cita-cita ingin mencapai martabat idamannya itu luput dengan begitu saja. Dalam keadaan bergopog-gapah, kerapkali seseorang itu melakukan kesilapan sampai melakukan kerja di luar kebajikan pula atau menyeleweng dari syariat.

Umpamanya, jika berbicara, akan tergelincirlah lidah menuturkan kata-kata yang keji atau sia-sia. Jika makan atau minum, akan termakan atau terminum secara berlebihan atau pun makanan dan minuman yang haram atau syubahat menjadi pilihan. Mendoakan keburukan untuk diri sendiri atau untuk orang lain juga termasuk dalam penyakit bergopoh-gapah, sebagaimana firman Allah yang mafhumnya: “Dan manusia mendoakan kehajatan sebagaimana dia mendoakan kebaikan dan adalah manusia itu bersifat gopoh-gapah” (al-Isra’ : 11) Dalam keadaan tertentu, memang ada orang yang mendoakan keburukan untuk orang lain. Umpamanya, seseorang yang dizalimi akan membanyakkan doa supaya penzalim yang berkenaan mendapat pembalasan segera daripada Allah. Jika doanya itu dimakbulkan, tentulah hatinya berasa senang dan puas, tetapi dia dikira telah melakukan kerja maksiat kerana tindakannya itu.

Lawan “gopoh-gapah” itu ialah “anaah”, iaitu ciri kalbu yang membimbing seseorang supaya berlambatan dan tenang, penuh hemat atau berhati-hati mengerjakan sesuatu urusan, yakni terlebih dulu dikaji-selidik, dibuat perancangan dan pertimbangan yang saksama dan berpandangan jauh dengan membuat andaian-andaian tentang kemungkinan akan berlakunya keburukan atau risiko, lalu lebih dulu dirancang cara-cara mengatasinya.

Keadaan yang demikian adalah merupakan ciri-ciri asas sifat warak. Sifat warak ini penting kerana pokok kepada ibadat itu ialah warak iaitu berhati-hati dan teliti dalam tindakan, penuh hemat dalam membuat pertimbangan terhadapa segala urusan. Jika sebaliknya, maka itulah yang dikatakan: Apabila berbicara, pembicaraannya akan tergelincir daripada kebenaran. Apabila makan, akan termakan makanan yang haram atau syubahat. Demikianlah juga dalam urusan yang lain. Dengan yang demikian, maka luputlah sifat waraknya. Amalan atau ibadat tanpa warak tidak akan menghasilkan kebajikan.

Menurut Imam al-Ghazali : Sifat anaah itu merangkumi dua prinsip, iaitu tawaqquf dan taanni. Maksud tawaqquf ialah terlebih dahulu menyelidiki sesuatu urusan sebelum memulakan pelaksaannya sehingga ternyata kebenaran dan kebaikannya, manakala taanni bermaksud, berhati-hati- hati pada permulaan dan semasa melaksana sesuatu urusan supaya berjalan dengan lancar dan sewajaranya, sehingga tercapai matlamat. Tindakan berhati-hati dalam beribadat dan menangani segala urusan (mengikut konsep anaah) itu amat dituntut, manakala tergesa-gesa atau tergopoh-gapah (al-‘ajalah) itu ditegah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Tergopoh-gapah itu tindakan syaitan kecuali dalam lima perkara, iaitu mengawinkan anak perawan, membayar hutang, menguruskan mayat, melayani tetamu dan bertaubat daripada dosa”.

Wallahu a’lam.

Footnotes :
tazkirah taken from http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=43301